Thursday, April 30, 2009

CUBAAN PASTE LINK

Dah banyak hari tak menjenguk blog ini. Hari ini berkesempatan sekejap. Sambil membelek-belek laman web, terjumpa link ke laman web luvislam.com dan Setelah masuk ke web tersebut, terjumpa mesej bergambar ini :

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, April 26, 2009

CUBAAN MEMASUKKAN GAMBAR


Pada 2 April 2009 di Dewan Jubli Intan Muar, aku berkesempatan bersama-sama rombongan Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM yang diketuai oleh Pengarah MSI, Dr Azhar Muhammad, Timbalan Pengarah, Ustaz Mohd Ismail Mustari dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mahyuddin Mat Sarip menghadiri Majlis Pelancaran Sahabat Dakwah Jabatan Agama Johor yang disempurnakan oleh YAM Raja Zarith Sofiah.

Sementara menunggu majlis bermula, kami sempat menjamu selera di Medan Selera Tanjong Emas, Muar. Ada yang makan mi bandung Muar dan ada yang makan asam pedas Muar.
Sambil makan-makan tu ternampak sesuatu yang pelik di atas pokok.

Sambil makan-makan tu ternampak sepohon pokok. Gayanya macam dah lama pokok ni hidup. Dapatkah anda lihat sesuatu yang pelik pada pokok ini?

SALAM PEMULA BICARA

Assalamu alaikum dan Selamat Sejahtera. "Selamat Datang ke blog hafidzms. Hari ini 1 Jamadil Awwal 1430 Hijriah bersamaan 26 April 2009". Begitulah permulaan pengumuman sebelum Solat Jumaat yang sering berkemundang di Masjid Sultan Ismail, UTM.

Hari ini aku mula belajar mem'blog' secara rasmi apabila mengikuti

Kursus "Mari Mengeblog - bukan Goblok" anjuran JIMedia Johor.

Selepas daripada ini adalah hari-hari yang mencabar kemampuanku untuk mengemaskini blog ini. Mudah-mudahan dimudahkan Allah.