Monday, April 22, 2013

ISNIN - 15 April 2013
9.30 pagi - buat medical check-up untuk Program Healthy Living. Harap-harapkan tiada keputusan yang kritikal kali ini. Keputusannya nanti pihak Klinik UTM akan serahkan kepada HCD untuk dianalisa oleh Datin Sri Zainah Mokhtar, pengajar Healthy Living Siri ke-7 UTM.

Saturday, September 15, 2012

MARHABAN 1433H - 11 SEPTEMBER 2012

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada musim raya 1433H ini berpeluang menjadi tuan rumah program marhaban Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama. Pada 11 September 2012 bersamaan 24 Syawal, tiga buah rumah di Fasa Tiga Taman Pulai Utama telah menjadi tuan rumah marhaban iaitu rumah En Majeed, Ustaz Mansor (Pulai 67) dan rumahku (Pulai 65).

Antara yang hadir di majlis marhaban di rumahku.

Hari itu, Selasa, aku mengambil cuti untuk mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk majlis malam nanti. Alhamdulillah, lebih 20 orang kariah Surau At-Taqwa dan penduduk Fasa Tiga taman Pulai Utama telah hadir. Setelah marhaban dan doa yang dipimpin oleh Imam Khuzaifah, tetamu yang hadir dihidangkan dengan Kacang Pool Haji yang ku tempah di Larkin Bomba. Manakala isteriku menyediakan puding, air teh dan pinggan mangkuk hidangan. (Terima kasih wahai isteriku...).

Esoknya pula hari Rabu, enam buah lagi rumah di Fasa Tiga Taman Pulai Utama akan menjadi tuan rumah marhaban iaitu rumah Hj Zainal dan Encik Roshairi yang baru berpindah ke Pulai Utama di Pulai 63. Rumah Encik Puaat, Cikgu Aminuddin Aftori dan Encik Zahaba di Pulai 70 serta akhir sekali rumah Hj Mohsin Jamiran di Pulai 71.

Mudah-mudahan amalan ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan demi merapatkan silaturrahim dan menghidupkan amalan ziarah menziarahi.

JAMUAN HARI RAYA 1433 PERTISAS

Alhamdulillah, pada 11 hb September 2012 bersamaan 24 Syawal 1433, Persatuan Pegawai tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) UTM telah berjaya mengadakan majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada jam 3.30 petang di Dewan Banquet, Bangunan Censeleri Sultan Ibrahim, UTM.

Majlis yang dihadiri oleh lebih daripada 40 orang ahli itu didahului dengan ucapan Yang Dipertua PERTISAS, Tuan Haji Dahari bin Derani diikuti dengan marhaban beramai-ramai oleh semua yang hadir.

Majlis disudahi dengan jamuan nasi beriyani dan satay.

YDP - Hj Dahari, SU - Hj Farid dan En Razib sedang berbincang sebelum majlis bermula.

En Arman dan En .. antara tetamu yang hadir.

Hj Roslaile dan En Dzulhelmi antara yang hadir.

Pengacara Majlis - Encik Roslan Ghani
Ucapan Selamat Datang dan Selamat Hari Raya 1433 dari PERTISAS kepada ahli-ahli yang hadir.  
 Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.

Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA 1431H


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1423H


Friday, April 16, 2010

Cubaan....


PETUA Bina aura keyakinan:

1.kenal diri 

2.fikirkan boleh 

3.kreatif 

4.asertif 

5.kemahiran berkomunikasi 

6.berdikari 

7.pergaulan positif 

8.tidak putus asa 

9.bersabar

 

Thursday, April 1, 2010

BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH

Berusaha bersungguh-sungguh adalah satu kemestian dan syarat mutlak sesuatu kejayaan. Berusaha bersungguh-sungguh bermakna seseorang itu tidak boleh mudah berputus asa dalam mengerjakan sesuatu, apatah lagi dalam mengejar cita-cita dan impian.
Dr. Shukri Abdullah. Prinsip dan Falsafah Kejayaan.


Monday, March 29, 2010

KERJA YANG SISTEMATIK

Kerja yang bersistematik ialah jalan menuju kejayaan.
Meletakkan sesuatu pada tempatnya ialah suatu tuntutan bagi orang yang berjaya.
Adapun tergopoh-gapah adalah sifat yang dicela.
Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Wednesday, February 10, 2010

Monday, November 30, 2009

KATA-KATA MOTIVASI BUAT DIRI

Alam itu semulajadi.


Jika anda mampu melakukan perkara-perkara yang orang lain telah berjaya lakukan.
Anda sebenarnya merelakan diri anda untuk menikmati hasil yang sama apa yang mereka miliki.