Saturday, September 15, 2012

MARHABAN 1433H - 11 SEPTEMBER 2012

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada musim raya 1433H ini berpeluang menjadi tuan rumah program marhaban Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama. Pada 11 September 2012 bersamaan 24 Syawal, tiga buah rumah di Fasa Tiga Taman Pulai Utama telah menjadi tuan rumah marhaban iaitu rumah En Majeed, Ustaz Mansor (Pulai 67) dan rumahku (Pulai 65).

Antara yang hadir di majlis marhaban di rumahku.

Hari itu, Selasa, aku mengambil cuti untuk mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk majlis malam nanti. Alhamdulillah, lebih 20 orang kariah Surau At-Taqwa dan penduduk Fasa Tiga taman Pulai Utama telah hadir. Setelah marhaban dan doa yang dipimpin oleh Imam Khuzaifah, tetamu yang hadir dihidangkan dengan Kacang Pool Haji yang ku tempah di Larkin Bomba. Manakala isteriku menyediakan puding, air teh dan pinggan mangkuk hidangan. (Terima kasih wahai isteriku...).

Esoknya pula hari Rabu, enam buah lagi rumah di Fasa Tiga Taman Pulai Utama akan menjadi tuan rumah marhaban iaitu rumah Hj Zainal dan Encik Roshairi yang baru berpindah ke Pulai Utama di Pulai 63. Rumah Encik Puaat, Cikgu Aminuddin Aftori dan Encik Zahaba di Pulai 70 serta akhir sekali rumah Hj Mohsin Jamiran di Pulai 71.

Mudah-mudahan amalan ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan demi merapatkan silaturrahim dan menghidupkan amalan ziarah menziarahi.

No comments:

Post a Comment